Pages

Friday, December 10, 2010

Pomegranatephone ( telefon buah delima )

     bila aku search google perkataan tu yang keluar hanyalah buah.yang berwarna merah ne. sebenarnya aku pun tak tahu makna pomegranate ne dalam bahasa melayu. lepas aku menggunakan kamus dwi bahasa oxford edisi yang ke 3 baru aku tau pomegranate tu maknanya buah delima. anda tau ke? aku pernah jugak makan buah ne tapi masa aku kecik2 dulu. rasa buah ne pun aku dah tak ingat. macam durian ke rasanya? manggis ke? tapi apa yang aku pasti buah tu rasa buah delima. betul kan?

pomegranate atau bahasa melayunya buah delima



sebenarnya aku bukan nak cerita tentang buah ne. ada yang lagi menarik daripada buah ne. aku nak cerita tentang pomegranatephone. pernah dengar? pernah lihat? pernah cuba? aku pun tak pernah. tapi aku baru jumpa benda ne semalam. pomegranatephone merupakan sebuah phone yang sangat ekslusif. dengan rekaan yang menggoda seperti burung jantan merak yang menggoda burung berlawanan jantina. gambar di bawah merupakan rupa sebenar pomegranatephone.

pomegranatephone.


menarik kan. pomegranatephone mempunyai beberapa keistimewaan.

antaranya :
1. phone
2. e-mail
3. full internet browsing
4. built in camera
5. video
6. mp3 player
7. gps navigation

bukan itu sahaja. ada yang keistimewaan yang menarik tentang pomegranatephone ne. kenapa? tak percaya? anda boleh melayari web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pomegranatephone ne. klik sini pomegranatephone.


p/s : aku suka part yang pomegranatephone boleh buat kopi. pagi2 bangun cuma perlu letakkan kopi je. sedap. perghhh.

13 comments:

  1. hahhaha...teknologi...macam2..

    p/s: sya bru jer makan buah delima semalam. kawan bg. manis!!

    ReplyDelete
  2. tk pernah pun rasa..huh bila terlihat gambar buah ini dlm en3 kamu ini..tetiba "owhhhhh sy nk jugakk dimana mau carik??"hehe

    ReplyDelete
  3. buah delima salah satu Quran Food.. kalau nak makan, elok la makan sebijik habis.. sebab dalam sebiji buah ni.. ada sebutirnya penawar penyakit.. elok utk mereka yg mhidap penyakit gout :)

    ReplyDelete
  4. Aisyah AR : ooo. manis. manis macam buah delima ek? ahah.

    Lianna Umar : susah jugak nak cari buah delima ne rupanya. dulu baru berapa kali je makan. mau carik jugak. heh

    Ainismaira : terima kasih atas info. :)

    ReplyDelete