Pages

Saturday, December 11, 2010

Helpful tips ( tips berguna- mcm mana mau follower ramai)

tips berkopi

  
         alhamdulillah follower blog aku semakin ramai. aku pun tak sangka sebab baru buat blog ne dalam beberapa hari yang lepas. aku tau aku karang ayat bahasa melayu aku tunggang terbalik. macam budak darjah satu pun ada tapi up sikit dari budak 6 tahun. ok lah kan. haha. dalam beberapa hari ne aku cuba buat formula untuk cepat ada follower. siang malam aku fikir. mandi tak basah sebab tak ada air hari tu, makan tak kenyang sebab dua tiga hari ne padi tak ada hasil, tidur tak lena sebab tiap2 malam ada je dengar bunyi dari anak2 muda berpesta muda mudi, sebenarnya aku tak kisah sangat diaorang nak buat bising. buatlah aku tak marah pun kalau tak kacau tidur aku. tapi kalau dah kacau tidur aku ne kira macam dah mencabul masa tidur aku. aku boleh saman bawah kanun keseksaan seksyen 17 lepas tu belok kiri. padan muka. haha. setelah membuat bebrapa eksperimen di sini aku sertakan formula2 untuk cepat dapat follower.

langkah langkah:


  1. cuba buat tajuk yang hensem walaupun isinya nak tengok pun tak lalu. cara ne berkesan. betul woo. aku tengok ne kat blog orang lain. tajuk memang buat aku nak klik. contoh tajuk tak perlu kot aku nak tulis kat sini kan. hehe. aku baca punya baca punya baca punya baca isi dia tak ada jugak sama macam tajuk. tengok2 aku dah ada kat bahagian komen dia. haram. aku yang ada akal up sikit dari budak 6 tahun telah tertipu.
  2. cuba buat konspirasi yang memang tak pernah pun orang buat sebelum ne. contoh korang buat yang korang kenal siapa ketua illuminati. edit sikit gambar bagi blur2. gambar anda yang sedang berjumpa dengan orang. walaupun korang tak pernah ambik tau pun tentang ne. tak pernah tau pun yang benda ne wujud. lepas sehari aku jamin korang akan ada pembaca yang bukan setakat beratus ratus tapi berbilion bilion lemon. perghhhh.
  3. kali ne lebih ekstrem. cuba kutuk orang2 terkenal dalam blog korang. kutuk lah apa2. tak kisah. lagi pedas lagi bagus. sebab lagi orang nak marah, orang yang marah tu akan beritahu kawan dia suruh baca sebab korang dah kutuk hero dia. lepas tu kawan dia pulak akan beritahu kawan kepada kawan dia. lepas tu kawan kepada kawan dia pulak akan beritahu anak kepada kawan menantu belah mak dia. aku jamin rantai pembaca tak akan putus2 sampai ke generasi korang seterusnya.
  4. nak lagi ekstrem. buat tajuk yang mengatakan korang merupakan teman lelaki atau teman wanita orang2 atasan terutamanya artis. senang je. korang ambik foto korang yang sedang diri tegak, potong dan salotipkan (guna pita pelekat) kat sebelah gambar orang tersebut. walaupun memang nampak tipu tapi orang tak akan perasan sebab perasaan cemburu diaorang dan ingin tahu diaorang membuatkan post korang akan femes semalaya.
  5. lagi satu cuba buat tajuk yang disertai dengan video korang yang boleh orang menyampah tahap maksima dengan korang. buatlah muka penyu korang dalam video tu. memang orang yang tengok akan termuntah dan secara tidak langsung akan wujud fan page korang kat dalam FACEBOOK. dari situ bukan setakat penulis blog je yang follow korang, adik, kakak, abang, sepupu belah ayah, dua pupu belah mak penulis pun turut follow korang sebab nak tunggu masa korang post video lagi dan start kutuk video tu.


sebenarnya ada banyak lagi tips2 untuk dapat follower yang ramai. tapi terlalu ekstrem. budak up dari 6 tahun tak dapat handle nanti. bahaya. haha. kalau korang tak percaya korang bolehlah cuba. mana lah tau kan mujarab. sebarang kemusykilan tentang tips2 di atas boleh tanya aku di ruang komen di bawah. ok selamat mencuba!



p/s : kalau korang kena baling selipar masa tengah makan kat kedai mamak sebab guna tips2 ne aku tak tanggung. semua ne atas kemahuan korang sendiri. ada paham?

18 comments:

  1. hahah,,nak kutuk orang??hahah,nnt blog kene aim,,ehhehe

    ReplyDelete
  2. sarzli : haha. welcome.

    iszieylyanziy : aim pun boleh dikatakan sebagai follower kan. heh

    Norhayati Rostam : haha. boleh pelbagai cara2 lagi.

    [AidA_aKiN] : selamat mencuba!

    ReplyDelete
  3. Eyra. : boleh cuba tapi ingat atas kemahuan sendiri. haha

    ReplyDelete
  4. nak kutuk orang tu tak sanggup kai.. tetibe blog sendri jadi panas kang.. bahaya tu.. kite kutuk blog org lain xpew la juga sebab newbie.. tapi mcmane kalo otai2 kutuk blog kita? owh sangat pedih!

    5 tip menjadi Penulis yang terbaik

    ReplyDelete
  5. em tips yang bagos! nant ku cube! XD

    ReplyDelete
  6. adehh,...tips apakah ini?

    P/s: tips tambahan, meh follow aku lak!hee~

    ReplyDelete
  7. kai azmier : haha. ne semua suka2. jangan ambik serius.

    BeYLa! : selamat mencuba! haha

    efa : terima kasih. heh

    Eazy Izzuddin : terima kasih juga kerana singgah :p

    student : tips berguna? haha

    ReplyDelete
  8. seyes berminat nak bce tips ni...tp nak gne mmg le tkot sgt2..wahaha..thanks 4 the tips..

    ReplyDelete
  9. M@huJadiBuDakBaek : terima kasih kerana berminat nak baca. takut tu mesti ada. haha

    student : sangaaaattt betul!haha

    ReplyDelete
  10. ~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ : artis manakah? haha

    ReplyDelete