Pages

Tuesday, December 28, 2010

Doa Pembuka 12 Pintu

Doa ini sy dapat dr Dr.Fadzilah Kamsah dari ceramah beliau. Doa ini boleh diamalkan selalu, terutama selepas selesai solat. Menurut beliau, doa ini diberikan kepada seorang lelaki yg sukar mncari jodoh dan selepas mngamalkan doa ini, lelaki tersebut jumpa kembali Dr. Fadzilah Kamsah, utk mengucapkan terima kasih sebab dia dah jumpa perempuan untuk dijadikan isteri.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. amin..

sesungguhnya doa senjata umat Islam, dan Allah itu Maha Mendengar =)

2 comments: