'Warna-warni Disebalik Solat Awal Waktu'
Setiap peralihan waktu solat
Sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
Yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam..
Waktu SUBUH
Alam berada dalam spektrum bewarna biru muda
Yang bersamaan dengan frekuensi tiroid
Yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
Ataupun terlewat secara berulang-ulang kali
Lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda
Tidak dapat diserap oleh tiroid
Yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (jaga daripada tidur).
Di sini juga dapat kita cungkil
Akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh,
Tenaga alam pada tahap itu berada pada tahap yang optimum
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh Melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya
Sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu ZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)
Dan kemudiannya warna kuning
Menandakan masuknya waktu Zuhur
Frekuensi warna pada waktu ini
Bersamaan dengan frekuensi perut dan hati
Yang bersamaan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan
Atau terlewatkan Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya
Akan menghadapi masalah di perut dan sifat cerianya.